Malaysia pada hari ini didiami oleh pelbagai bangsa, kaum
dan etnik dari Perlis hingga ke Sabah. Kepelbagaian kaum dan etnik inilah maka
wujud pula kepelbagaian budaya, bahasa, agama dan adat resam. Corak masyarakat
Malaysia seperti ini berlaku disebabkan oleh perubahan masa dan keadaan,
seperti yang berlaku terhadap perubahan struktur politiknya. Sebelum abad ke-18
dan ke-19, masyarakat Malaysia tidak begini coraknya. Sebaliknya boleh
dikatakan bahawa, semenanjung Tahan Melayu ketika itu didiami oleh orang Melayu
dan Orang Asli bersama sebilangan kecil bangsa atau kaum lain. Tetapi kini
coraknya telah berubah dan wujudlah pembentukan masayarakat majmuk.
J.S.Furnivall merupakan orang pertama yang mengemukakan
konsep masyarakat majmuk berdasarkan kajiannya di Indonesia dan Burma. Menurut
Furnivall (1967:54), masyarakat majmuk terdiri daripada pelbagai kaum yang
mempunyai kebudayaan, agama, bahasa dan adat resam yang tersendiri. Walaupun
pelbagai kaum berganding bahu di bawah sistem politik yang sama tetapi
kehidupan mereka adalah berasingan dan interaksi sosial dalam kalangan mereka
amat berkurangan dan hubungan mereka hanya terbatas kepada hal ekonomi dalam
jual beli. Pembahagian tugasan dilakukan atas garis-garis ras.
Idea Furnivall mengenai masyarakat majmuk telah banyak
dibincangkan oleh tokoh-tokoh sosiologi yang terkemudian. M.G. Smith merupakan
salah seorang yang telah memberikan satu analisis yang panjang lebar mengenai
konsep ini. M.G. Smith juga menganggap masyarakat majmuk sebagai masyarakat
yang mempunyai pelbagai budaya, perpecahan sosial dan perselisihan. Dari segi
politik pula, masyarakat majmuk dikuasai oleh satu kelompok minoriti yang mempunyai
kebudayaan yang tersendiri. Smith juga berpendapat bahawa masyarakat wujud atas
dasar konflik dan paksaan, bukannya atas dasar nilai bersama. Selain daripada
Furnivall dan Smith, P.L. Van Den Berghe juga memberikan sumbangan terhadap
perbincangan mengenai konsep masyarakat majmuk. Beliau membezakan kemajmukkan
sosial iaitu masyarakat dipecahkan kepada kelompok korporat dan bukannya budaya
daripada kemajmukkan budaya iaitu wujud daripada beberapa kelompok etnik.
1.1 : SEJARAH MASYARAKAT MALAYSIA
Malaysia mempunyai penduduk yang berbilang kaum seperti Melayu, Cina, India dan lain-lain. Setiap kaum mempunyai latar belakang dan identiti yang berbeza. Mayarakat majmuk biasanya dikaitkan dengan negara Malaysia. Ini kerana negara Malaysia terdiri daripada masyarakat yang berbilang kaum dan budaya yang tersendiri. Kini, negara Malaysia telah didiami oleh pelbagai bangsa, kaum dan etnik dari Perlis hingga ke Sabah. Corak masyarakat Malaysia seperti ini berlaku disebabkan oleh perubahan masa dan keadaan seperti yang berlaku terhadap perubahan struktur politiknya. Dengan adanya kepelbagaian kaum di Malaysia, maka wujudnya kepelbagain adat resam, budaya, bahasa, agama dan sebagainya.
Masyarakat majmuk merupakan mayarakat yang terdiri pelbagai lapisan kaum yang mempunyai kepercayaan, adat resam dan budaya yang tersendiri. Setiap kaum di negara Malaysia ini mempunyai latar belakang dan sejarah kemasukannya. Masyararakat majmuk dibahagikan mengikut garis-garis pemisah (segremental cleavages) seperti ras, etnik, agama, ideologi, bahasa dan budaya". Menurut Kamus Dewan (2005),ialah kumpulan manusia yang hidup bersama-sama di sesuatu tempat dengan aturan dan cara-cara tertentu. Jaringan erat wujud dalam kalangan anggota tersebut, khususnya melalui hubungan bersemuka contohnya seperti pergaulan masyarakat di Malaysia yang terdiri daripada bangasa Melayu, Cina, India dan lain-lain.
Malaysia amat terkenal dengan adanya masyarakat majmuk yang berbilang kaum. Pembentukan masyarakat majmuk yang berbilang kaum di Malaysia pada abad ke-19 adalah kesan daripada Kolonialisme yang mutlak. Masyarakat majmuk di Malaysia terjadi secara tidak sengaja. Pada awal abad ke-19, lebih 90% penduduk di Tanah Melayu adalah Melayu. Namun pada pertengahan abad ke-19, penghijrahan masuk kaum Cina dan India secara beramai-ramai ekoran dasar liberal Inggeris telah mengubah struktur kependudukan asal Tanah Melayu. Masyarakat majmuk di Malaysia terdiri dari pelbagai etnik yang dikategorikan mengikut cara hidup, pola penempatan,pekerjaan dan pendidikan.
Setiap bangsa Malaysia mempunyai sejarah yang tersendiri seperti Kaum Melayu dahulunya tinggal di perkampungan.Selain itu,mereka juga bekerja sebagai petani,peternak, menangkap ikan dan mengutip hasil hutan.Pada mulanya kaum Melayu menganut agama buddha.Namun sejak kedatangan Islam datang ke tanah Melayu, kaum Melayu telah menganut agama Islam.Dengan kedatangan Islam juga, masyarakat Melayu telah mengamalkan syariat yang wajib diamalkan dalam Islam contohnya solat lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, mengerjakan haji dan lain-lain lagi.
Seterusnya, masyarakat Cina biasanya menetap di perbandaran. Kedatangan buruh dari Cina secara besar-besaran bermula sejak awal abad ke-19 yang kebanyakkan mereka berasal dari wilayah selatan China seperti Kwangtung, Fukien dan Kwangsi. Kebanyakan masyarakat Cina bekerja sebagai peniaga. Sesetengah kaum Cina bekerja sebagai pelombong semasa era penjajahan British. Kedatanagn buruh ini ke Tanah Melayu adalah melalui beberapa cara seperti sistem tiket kredit, sistem pengambilan kakitangan dan pengambilan rumah kongsi. Sesetengah kaum Cina menganut agama Kristian namun kebanyakan kaum Cina menganut agama Buddha.
Masyarakat India di Tanah Melayu juga tinggal di kawasan ladang atau estet .Kaum India telah mula datang ke Tanah Melayu sejak dari pembukaan Selat Melaka terutamanya sebagai pedagang kain dan peminjam wang. Pada akhir abad ke-19 dan pada permulaan abad ke-20, penjajah British mendapati India sebagai tempat mendapatkan buruh-buruh yang murah, patuh dan senag dikawal.Dalam tahun 1880-an, Hugh Low dan Frederick Weld telah mendapatkan permit daripada kerajaan British untuk mengimport buruh-buruh dari India dan bekerja di ladang-ladang milik mereka di Tanah Melayu. Kaum India terbahagi kepada beberapa suku etnik diantaranya terdiri daripada Tamil, Telegu, Ceylon dan lain-lain. Kebanyakan mereka yang diambil bekerja di ladang-ladang adalah dari golongan Tamil.
1.2 : MASYARAKAT MELAYU DAN PERIBUMI DI SEMENANJUNG MALAYSIA, SABAH DAN SARAWAK
1.2.1 : ASAL USUL MASYARAKAT MELAYU
Asal
usul bangsa melayu merupakan sesuatu yang sukar di tentukan,walaupun terdapat
beberapa kajian dilakukan untuk menjelaskan pekara ini,tetapi kata sepakat
antara sarjana belum dicapai.secara amnya terdapat 2 teori mengenai asal usul
bangsa melayu iaitu (a) bangsa Melayu berasal dari Yunnan (Teori Yunnan ), dan
(b) bangsa Melayu berasal dari Nusantara (Teori Nusantara). Selain itu ada juga
pendapat yang mengatakan bahawa orang minangkabau itu berasal daripada pengikut
Nabi Nuh,iaitu bangsa Ark yang mendarat di muara sungai Jambi dan
Palembang,semasa banjir besar berlaku di bumi.tetapi pendapat ini masih belum
mendapat bukti yang kuku.
Teori ini disokong oleh beberapa
sarjana R.H.Geldern,J.H.C Kern,J.R Foster,J.R Logen,Slametmuljana dan juga
Asmah Haji Omar.secara keseluruhannya, alasan-alasan yang menyokong teori ini
adalah seperi (a) Kapak Tua yang mirip kepada Kapak Tua di Asia Tengah di
Kepulauan Melayu .perkara ini adanya
migrasi penduduk dari Asia Tengah ke Kepulauan Melayu; (b) Adat resam bangsa
Melayu mirip kepada suku Naga di daerah Assam (berhampiran dengan sempadan
India dengan Myanmar); (c) Bahasa Melayu adalah serumpun dengan bahasa di
kemboja. Lebih lanjut lagi,penduduk di Kemboja mungkin berasal dari dataran
Yunnan dengan menyusuri sungai Mekong.perhubungan bangsa Melayu dengan bangsa
Kemboja sekaligus menandakan pertaliannya dengan dataran Yunnan. Teori ini
merupakan teori yang popular yakni diterima umum,contohnya dalam buku Teks
Pengajian Malaysia adapun menyatakan ”nenek moyang” orang melayu itu berasal
dari Yunnan.
Berdasarkan teori ini.dikatakan
orang melayu datang dari Yunnan ke Kepulauan Melayu menerusi tiga gelombang
yang utama,iaitu orang Negrito,Melayu Proto,dan juga Melayu Deutro.
Gelombang
pertama dikenali sebagai Melayu-Proto yang berlaku kira-kira 2500 tahun Sebelum
Masehi,Kira-kira dalam tahun 1500 tahun Sebelum Masehi, datang pula gelombang
kedua yang dikenali sebagai Melayu-Deutro. Mereka mendiami daerah-daerah yang
subur di pinggir pantai dan tanah lembah Asia Tenggara. Kehadiran mereka ini
menyebabkan orang-orang Melayu-Proto seperti orang-orangJakun, Mahmeri, Jahut,
Temuan, Biduanda dan beberapa kelompok kecil yang lain berpindah ke kawasan
pedalaman. Justeru itu, Melayu-Deutro ini merupakan masyarakat Melayu yang ada
pada masa kini.
Orang
Negrito
Orang
Neggrito merupakan penduduk paling awal di Kepulauan Melayu,dipercayai berasal
daripada golongan Austronesia di Yunnanmereka dikatakan berada di sini sejak
1000 SM berdasarkan penerokaan arkeologi di Gua Cha,Kelantan.daripada orang
Negrito telah diperturunkan orang semang yang mempunyai ciri-ciri fizikal
berkulit gelap,berambut kerinting,bermata bundar,berhidung lebar,berbibir penuh,serta
saiz badan yang pendek,keturunannya orang Asli di semenanjung Malaysia,Dayak di
Sarawak dan Batak di Sumatera
Menurut
pendapat asmah haji omar sebelum perpindahan penduduk dari asia
berlaku,kepuluan melayu (Nusantara) ini telah ada penghuninya yang kemudian di
namai sebagai penduduk asli,ada ahli sejarah yang mengatakan bahawa mereka yang
tinggal di semenanjung Tanah Melayu ini dikenali sebagai orang Negrito.orang
Negrito ini diperkirakan telah ada sejak tahun 8000 SM (sebelum masihi ).mereka
tinggal di dalam gua dan mata pencarian mereka memburu binatang.Alat perburuan
mereka diperbuat daripada batu dan zaman ini di sebut sebagai zaman Batu
pertengahan.Di kedah sebagai contoh,pada tahun 5000 SM,iaitu pada zaman
paleolit dan mesolit,telah didiami oleh orang Austronesia yang menurunkan orang
Negerito,Sakai,Semai dan sebagainya.
Melayu
Proto
berasal
dari Asia Tengah,perpindahan tersebut (yang pertama) diperkirakan pada tahun
2500 SM,mereka ini kemudian dinamai sebagai Melayu-Proto,peradaban orang
melayu-proto ini lebih maju sedikit daripada orang Negrito. Orang Melayu-proto
telah pandai membuat alat bercucuk tanam,membuat barang pecah belah, dan alat
perhiasan kehidupan mereka berpindah randah.zaman mereka ini dinamai Neolitik
atau Zaman Batu Baru.Terdapat satu lagi persamaan antara Melayu Proto dimana
dikenali sebagai Melayu Negosiddek dimana kebanyakan terdapat disebuah pulau
yang di kenali sebagai Pinang,Melayu Negosiddek ini mahir dalam bidang lautan
tetapi tidak pandai berenang
Melayu
Deutro
Kumpulan
ketiga dikenali sebagai Melayu Deutro.perpindahan penduduk yang kedua dari Asia
yang dikatakan dari daerah Yunan diperkirakan berlaku pada tahun 1500 SM.mereka
dinamai Melayu-Deutro dan telah mempunyai peradaban yang lebih maju daripada
melayu proto.Melayu-Deutro telah mengenal kebudayaan logam.mereka telah
menggunakan alat perburuan dan pertanian daripada besi.Zaman mereka ini dinamai
Zaman Logam,mereka hidup di tepi pantai dan menyebar hampir di seluruh
kepulauan melayu ini. Kedatangan orang melayu-Deutro ini dengan sendirinya
telah mengakibatkan perpindahan orang melayu-proto ke pendalaman sesuai dengan
cara hidup mereka yang berpindah randah.berlainan dengan melayu-proto,melayu
deutro ini hidup secara berkelompok dan tinggal menetap di sesuatu tempat.mereka
yang tinggal tepi pantai hidup sebagai nelayan dan sebahagian lagi mendirikan
kampung berhampiran sungai dan lembah yang subur.hidup mereka sebagai petani
dan memburu binatang.orang melayu deutro ini telah pandai bermasyarakat,mereka
biasanya memilih seorang ketua yang tugasnya sebagai ketua pemerintahan dan
sekaligus ketua agama,Agama yang mereka anuti itu ialah animisme.
Keturunannya
orang Melayu di MalaysiaDikatakan lebih bijak dan dan mahir daripada Melayu
Proto.Bijak dalam bidang astronomi, pelayaran dan bercucuk tanam.Bilangan lebih
banyak daripada Melayu Proto.Menduduki kawasan pantai dan lembah di Asia
Tenggara.Orang ini, kumpulan pertama dan kedua, dikenali sebagai Austronesia.
Bahasa-bahasa yang terdapat di Nusantara sekarang berpunca daripada bahasa
Austronesia ini
Teori Nusantara
Teori
ini disoking oleh sarjana-sarjana seperti J.Crawfurd,K.Himly,Sutan Takdir
Alisjahbana dan juga Gorys Keraf.
Teori ini adalah disokong dengan alasan-alasan
seperti di bawah







Sejarah Asal Usul Bangsa Melayu
Dalam buku Sejarah Melayu disebut
bahwa Melayu adalah nama sungai di Sumatera Selatan yang mengalir disekitar
bukit Si Guntang dekat Palembang. Si Guntang merupakan tempat pemunculan pertama
tiga orang raja yang datang ke alam Melayu. Mereka adalah asal dari keturunan
raja-raja Melayu di Palembang (Singapura, Malaka dan Johor), Minangkabau dan
Tanjung Pura. Sejarah Melayu (Malay Annals) merupakan karya tulis yang paling
penting dalam bahasa Melayu yang merupakan sumber yang otentik untuk informasi
mengenai ke-Melayu-an. Disusun sekitar tahun 1612 tetapi didasarkan
catatan-catatan yang lebih tua. Disebut juga bahwa anggota kerajaan Malaka
menyebut diri mereka keturunan Melayu dari daerah Palembang. Seperti keluarga
raja-raja di Negeri Sembilan yaitu: Yang Dipertuan Ali Alamsyah yang dianggap
keturunan langsung dari Raja Minangkabau terakhir. Pada waktu itu sebutan
Melayu merujuk pada keturunan sekelompok kecil orang Sumatera pilihan. Seiring
dengan berjalannya waktu definisi Melayu berdasarkan ras ini mulai
ditinggalkan.
Definisi Melayu menjadi berdasarkan
budaya dan adat, dimana orang Melayu adalah orang yang mempunyai etika, tingkah
laku dan adat Melayu. Pada waktu Islam mulai dianut didaerah Sumatera dan
Semenanjung Malaka, keyakinan dan ketaatan terhadap agama islam menjadi salah
satu ciri khas dari orang Melayu. Pada abad ke-18, William Marsden menyebutkan
bahwa dalam percakapan sehari-hari, penyebutan bangsa Melayu adalah sama dengan
sebutan bangsa Moor di India dalam artian ketaatannya terhadap agama Islam.
1.2.2 : MASYARAKAT MELAYU DI SEMENANJUNG
Definisi Melayu adalah sebagai penduduk
pribumi yang bertutur dalam bahasa Melayu, beragama Islam, dan yang menjalani
tradisi dan adat-istiadat Melayu.
Di Malaysia, penduduk pribumi dari keturunan suku-suku di Indonesia,
seperti Minangkabau, Aceh, Bugis, atau Mandailing, yang bertutur dalam bahasa
Melayu, beragama Islam dan mengikuti adat-istiadat Melayu, semuanya dianggap
sebagai orang Melayu selain daripada Melayu Anak Jati yang berasal daripada
Tanah Melayu itu sendiri. Bahkan orang bukan pribumi yang berkawin dengan orang
Melayu dan memeluk agama Islam juga diterima sebagai orang Melayu.
1. Pengertian Agama dan
Kepercayaan menurut masyarakat Melayu
Jika merujuk pada tatanan ilmu social,
maka agama dikatakan sebagai sistem kepercayaan yang teratur atau
terorganisasi. Sedangkan kepercayaan adalah keyakinan yang ditujukan kepada
satu-satu fenomena kepercayaan atau tidak memimiliki ciri-ciri yang terorganisasi
ataupun tersistem.
Pada masyarakat melayu, mereka
membedakan antara agama dan kepercayaan. Menurut masyarakat melayu, Agama yang
dianggap oleh mereka adalah agama-agama besar yang diakui oleh pemerintah.
Seperti Islam, Kristen, Khatolik, Hindu dan Budha. Sementara
keyakinan-keyakinan seperti penyembahan pada ‘dewa-dewa’ dan kepercayaan akan
kekuatan yang dimiliki makhluk halus (jin, hantu, jembalang, sikodi dan
lainnya) hanya dianggap sebagai suatu kepercayaan saja. Seperti yang terdapat
pada suku ‘terasing’ – Suku Talang Mamak, Suku Akit, Suku laut, dan lainnya.
Maupun kepercayaan yang juga mencangkup masalah upacara-upacara yang lahir dari
kebiasaan-kebiasaan lama orang melayu, seperti tepung tawar, mati tanah dan
lainnya.
Namun sebenarnya yang dikatakan
kepercayaan dalam masyarakat melayu itu bukan hanya dalam kepercayan lama saja
yang menjadi peninggalan masa lampau seperti animisme, tapi juga kepercayaan
yang datang setelahnya, seperti kepercayaan agama agama hindu, budha dan Islam
sendiri. Dimana Islam yang datang terakhir mengakomodir semua unsur kebudayaan
tersebut secara perlahan, serta melakukan penelusuran terhadap hal-hal yang
bertentangan dengan Islam.
2. Kepercayaan awal dalam
kehidupan orang Melayu
Kepercayaan awal masyarakat melayu sebelum
kedatangan agama adalah ‘animisme’, dimana mereka percaya semua benda di dalam
dunia ini mempunyai roh atau semangat yang mempengaruhi kehidupan manusia sama
ada baik atau buruk.
Roh atau semangat ini perlu dipuja agar
membawa kebaikan dan menambahkan rezeki. Keadaan ini telah mempengaruhi
kehidupan mereka kerana terdapatnya aktivitas memuja pantai atau semangat padi
bagi menjamin keselamatan dan menambahkan hasil padi.
Dengan ini timbullah konsep pantang
larang, adat istiadat, undang-undang, kebudayaan dan sebagainya. Bagi memuja
semangat ini lahirlah tarian, nyanyian, drama, muzik, unsur mainan, mentera,
adat menanam, adat kematian dan sebagainya yang ada hubungan dengan kepercayaan
itu. Beberapa dari unsur ini menjadi hiburan dan mainan yang pada asalnya
merupakan upacara yang berkaitan dengan kuasa ghaib. Contohnya Main Puteri,
Main Dewa, memutus ubat dan sebagainya.
Berkaitan dengan unsur mainan dan tarian
tadi maka lahirlah upacara jampi serapah yang bertujuan untuk melindungi
permainan daripada segala bencana dan menghalau jin dan hantu daripada
menggangu persembahan. Setiap persembahan ada peraturan dan pantang larang
kerana asal usul sesuatu jenis persembahan selalunya dihubungkait dengan kuasa
ghaib.
Dengan wujudnya kepercayaan tersebut maka
wujud satu golongan masyarakat yang dihubungkaitkan dengan upacara-upacara
pemujaan seperti dukun, tabib, pawang, nenek kebayan dan sebagainya yang
bertanggung jawab memulih diri seseorang yang dipercayai disampuk atau hilang
semangat.
Terdapat juga bentuk kepercayaan
terhadap roh orang yang sudah mati. Mereka percaya individu yang semasa
hidupnya mempunyai kuasa hebat apabila mati akan tetap memberi perlindungan.
Berdasarkan kepercayaan inilah masyarakat tempatan memuja roh si mati agar
dapat memberi perlindungan. Dalam kepercayaan melayu itu sendiri terdapat enam
benda atau tempat yang dikeramatkan.
- Objek alam seperti batu, puncak gunung, pulau dan tanjung.
- Binatang seperti harimau, dan buaya putih.
- Kubur ahli sihir atau pawing.
- Kubur orang yang membuka pemukiman baru.
- Pemakaman ulama Islam
- Ulama yang masih hidup
1.2.3 : MASYARKAT SABAH
Ø Sabah
mempunyai lebih dari daripada 32 suku kaum.
Ø Antara
masyarakat yang terbesar ialah masyarakat Kadazan-Dusun dan Bajau.
KADAZAN-DUSUN
AGAMA
Ø Mereka
memegang kepada kepercayaan anismisme.
Ø anismisme
bermaksud kepercayaan bahawa setiap benda mempunyai semangat (roh).
Ø sebahagian
kecil dari mereka telah memeluk agama Islam dan Kristian.
Ø Di
kawasan pendalaman , ramai lagi yang masih pagan.
Ø Bagi
masyarakat kadazandusun, Tuhan ialah "Kinorohingan" yang bersemayam
di dunia lain.
Ø Mengikut
kepercayaan kaum kadazandusun, Kinorohingan merupakan tuhan di mana mereka
meminta sesuatu seperti keselamatan dan perlindungan dari sebarang penyakit
Ø Kinorohingan
juga dapat menghalang pengaruh kuasa ghaib seperti "Roogon" atau
syaitan.
Ø Masyarakat
kadazandusun mempercayai bahawa roh orang mati akan pergi ke Gunung Kinabalu
dan apabila tiba masanya roh itu akan pergi ke syurga atau neraka.
KEPERCAYAAN
ü Masyarakat
kadazan-dusun percaya bahawa kepda pantang larang dan tafsiran mimpi.
ü mimpi
yang buruk boleh mempengaruhi sebarang keputusan dalam kehidupan mereka.
ü mereka
juga mempunyai upacara keamatan iaitu setiap tahun selepas menuai padi,
masyarakat kadazandusun mengadakan upacara "Magavau" .
ü upacara
kesyukuran bagi menghormati semangat padi.
ü upacara
ini dilakukan oleh Bobohizan(bomoh perempuan).
ü mereka
juga mempunyai upacara halau penyakit yang dipanggil ‘popodulik’.
ü selain
itu , jika belakunya kematian pada hari hujan mereka berpendapat bahawa si mati
akan menangis di alam lain dan jika belakunya kematian pada hari panas mereka
berpendapat sebaliknya.
BAJAU
AGAMA
Ø Pada
tahun 1950-an menunjukkan hampir 75% masyarakat Bajau memeluk Islam lantaran
peranan yang dimainkan oleh Kesultanan Brunei.
Ø Hampir
semua di kalangan mereka beragama islam.
Ø mereka
mengamalkan upacara agama seperti, berkhatan , akad nikah, khatam al-Quran, dan
lain-lain.
KEPERCAYAAN
ü Mereka
juga percaya kepada jin, iaitu sejenis makhluk yang dianggap mempunyai kuasa
luar biasa.
ü selain
itu, mereka juga percaya kepada konsep ‘tulah’ iaitu malapetaka yang ditimpa
apabila melanggar adat atau peraturan.
übiarpun
begitu, kepercayaan begini semakin pupus.
1.2.4 : MASYARAKAT SARAWAK
Ø Lebih
kurang 28 kumpulan etnik peribumi.
Ø Kaum
majoriti di Sarawak :
·
Iban (Dayak Laut)
·
Orang Melayu
·
Orang Melanau
IBAN
AGAMA
ü Pada
era prakolonial, orang Iban tidak mempunyai agama yang tertentu.
ü Mereka
masih berpegang kepada ajaran animisme ,pegangan ini dipengaruhi oleh unsur-unsur
yang dibawa oleh fahaman Hindu-Buddha.
ü Sebahagian
besar orang Iban beragama Kristian selepas kedatangan Barat.
KEPERCAYAAN
Dalam Kepercayaan Iban, mereka berpegang
kepada adat yang diwarisi turun temurun dan ditulis di dalam 'Papan Turai' oleh
'Tuai raban bansa' dengan berpandukan nasihat 'Beliau' dan'Lemambang'.
Contohnya :
ü hendak
membuka penempatan dan mendirikan rumah, kawasan tanah yang hendak didirikan
rumah tersebut hendaklah disemak terlebih dahulu.
ü percaya
pada petanda-petanda lain seperti bunyi burung ketupung dan burung
beragai.Bunyi yang dikeluarkan oleh binatang-binatang ini adalah petunjuk dan
alamat untukmenentukan kesesuaian tapak.
Ø Semua
petanda akan ditafsirkan oleh 'Beliau' atau 'Manang' bagi mematuhi adat supaya
tidak mendatangkan malapetaka.
Ø -Mimpi
merupakan salah satu sumber alamat tetang sesuatu yang bakal terjadi di masa
akan datang dan diterjemah oleh Beliau dan Manang.
Ø Bagi
menghidar alamat yang bolehmendatangkan malapetaka, biasanya upacara 'Ngintu
Burung' dan 'belian' akan dijalankanmengikut 'Adat' yang dirujuk kepada Tuai
raban bangsa.
Ø Orang
Iban berpegang kuat kepada kepercayaan tradisional mereka.
Ø Misalnya,
upacara ‘miring’ (jampi serapah) tujuan menolak bala.
Ø Masyarakat
Iban juga sangat patuh kepada pantang larang (mali) yang diwarisi nenek moyang
mereka.
ü ‘mali
abu’ : petani Iban percaya bahawa labu tidak boleh ditanam atau dibawa masuk ke
dalam ladang mereka. Jika labu ditemui , maka labu itu harus segera dikeluarkan
dan tapak penemuan perlu dilumur dengan darah babi atau ayam.
Ø Sekiranya
melanggar pantang larang, bermakna mereka akan menerima bencana atau
malapetaka.
Ø Kepercayaan
lain berdasarkan tafsiran mimpi.
ü Sesuatu
aktiviti boleh dibatalkan sekiranya mereka mendapat mimpi yang tidak baik pada
malam sebelumnya.
Ø aktiviti
harian sangat dipengaruhi oleh mimpi mereka.
Ø Pantang
larang oleh ibu mengandung dan suami yang dipercayai oleh masyarakat kaum iban:
ü Mereka
dilarang menggali parit di kawasan padi atau di mana-mana sahaja.
ü Mereka
dilarang memotong pokok yang menjalar di atas tanah, kerana dibimbangi akan
menghalang pendarahan yang berterusan semasa melahirkan anak.
ü Wanita
yang mengandung dilarang menuang minyak ke atas tapak tangan untuk disapu pada
rambut supaya bayi yang bakal lahir tidak akan bernanah.
ü Kedua
suami isteri tidak boleh mengetuk telur menggunakan pisau atau kayu
keranadikhuatiri bayi itu akan cacat penglihatan.
ü Mereka
tidak boleh menanam pokok pisang supaya si bayi tidak berkepala besar.
ü Mereka
tidak boleh memikul batu-bata tajam di dalam raga kerana dikhuatiri bayi akan
lumpuh.
ü Mereka
tidak boleh membawa kura-kura ke dalam bilik supaya bayi tidak tersekat didalam
rahim semasa dilahirkan.
MELAYU
AGAMA
Ø Mereka
berpegang kepada ajaran Islam.
ü Agama
ini membentuk ciri-ciri perkampungan mereka seperti bersatu padu,
bertatasusila, bertanggungjawabterhadap kebajikan seluruh komuniti dan
sebagainya.
Ø Terdapat
masjid yang menjadi pusat segala kegiatan keagamaan , selain bersembahyang.
Ø Madrasah
turut berperanan sebagai pusat kegiatan Islam selain masjid.
KEPERCAYAAN
Ø Masyarakat
Melayu juga percaya kepada pantang larang tertentu.
Ø Antara
contohnya :







Ø Pantang
larang ini diamalkan bertujuan memelihara keharmonian kaum dan kampung
seluruhnya.
MELANAU
AGAMA
Ø Pada
asalnya mereka merupakan pagan ( tidak mempunyai pegangan agama)
ü Menurut
Kamus Dewan,’pagan’ bermaksud orang yang tidak percaya pada sebarang agama
utama seperti Islam, Kristian, Yahudi dan sebagainya.
Ø Orang
Melanau percaya hantu tertentu menyebabkan penyakit.
Ø Hantu
yang menyebabkan sakit perut dan kejang, hantu langit membawa sakit kepala dan
demam, hantu gurun mendatangkan bengkak kaki dan lenguh sendi tangan.
Ø Tetapi
,ekoran pemerintahan Kesultanan Brunei dan kemudian keluarga Brooke, ramai
antara mereka beralih kepada agama Islam dan Kristian.
KEPERCAYAAN
Ø Masyarakat
Malanau mempunyai kepercayaan terhadap kuasa ghaib dan kuasa luar biasa sebelum
memeluk Islam.
Ø Mereka
percaya dunia mempunyai 3 lapisan yang
terdapat unsur baik dan jahat,iaitu
ü Atas
ü Pertengahan
ü Bawah
Ø Kuasa-kuasa
ghaib yang menjaga ketiga-tiga lapisan ini tidak boleh diganggu kerana gangguan
terhadap mereka boleh menyebabkan masyarakat Melanau ditimpa penyakit atau
kesusahan.
Ø Makhluk-makhluk
halus ini dikenali sebagai ipok , amow , tow , dan during.
Ø Khidmat
dukun atau bomoh digunakan sekiranya makhluk halus marah untuk memujuknya.
Ø Namun,
kepercayaan terhadap kuasa halus kian berkurangan ekoran pemodenan dan anutan
Islam
1.3 : SEJARAH KEMASUKAN KAUM CINA
Kehadiran orang Cina ke Tanah Melayu sudah bermula pada awal
abad ke-15 iaitu zaman Kerajaan Melayu Melaka telah menjalinkan hubungan
perdagangan dan persahabatan dengan negara China. Penghijrahan orang Cina ke
Tanah Melayu khususnya di Negeri-negeri Selat semakin pesat pada awal abad
ke-19, berikutan dengan perkembangan perdagangan di Pulau Pinang dan Singapura.
Penghijrahan orang Cina secara beramai-ramai ke Johor berlaku semasa
pemerintahan Temenggung lbrahim (1825-1862). Orang Cina dibawa masuk melalui
Sistem Kangchu untuk bekerja sebagai buruh di ladang lada hitam dan gambir.
Pada pertengahan abad ke-19, jumlah imigran Cina di Tanah Melayu semakin
meningkat akibat perkembangan kegiatan perlombongan bijih timah terutamanya di
Perak, Selangor dan Negeri Sembilan. Akhir abad ke-19, pemerintah Inggeris
telah memberikan galakan terhadap kemasukan imigran Cina ke Tanah Melayu kerana
Inggeris memerlukan tenaga buruh yang ramai supaya dapat mengeluarkan bijih
timah yang banyak untuk keperluan Revolusi Perindustrian di Britain. Kebanyakan
imigran Cina yang tiba di Tanah Melayu berasal dari Selatan China iaitu dari
wilayah Kwangtung, Kwangsi, Hainan dan Fukien. Mereka terdiri dari orang Hakka,
Kantonis, Teochew, Hailam dan Hokkien. Sebelum Perang Dunia Kedua pada tahun
1941, orang Cina hanya menjadikan Tanah Melayu sebagai petempatan sementara untuk
mencari kekayaan dan mereka pasti akan kembali ke negara asal. Namum, selepas
Perang Dunia Kedua tamat keinginan orang Cina mulai berubah dan mereka mula
ingin menetap di Tanah Melayu.
1.3.1 : FAKTOR KEMASUKAN KAUM CINA
FAKTOR PENOLAK
1. MASALAH KEPADATAN PENDUDUK
- Negara China mempunyal kepadatan penduduk yang tinggi. Pertambahan penduduk China tidak seimbang dengan pengeluanan hasil pertanian menyebabkan bekalan makanan tidak mencukupi. Keadaan ini telah mewujudkan masalah kebuluran dan ini telah menjadikan kehidupan rakyat China sengsara. Antara tahun 1751 hingga 1851, penduduk China telah bertambah dari 182 juta orang kepada 432 juta orang, akan tetapi hasil pertanian semakin merosot.
2. BENCANA ALAM
- Kesengsaraan hidup rakyat di China semakin bertambah apabila berlakunya bencana alam yang telah memusnahkan sebahagian besar kawasan pertanian di China. Sepanjang tahun 1840-an dan 1850-an, negara China mengalami banyak bencana alam, iaitu kemarau yang berpanjangan di Wilayah Hunan di Utara China dan masalah banjir di selatan China terutamanya di sekitar Lembah Sungai Yangtze dan Sungai Hwang Ho. Kejadian ini telah memusnahkan kawasan pertanian dan menyebabkan masalah kebuluran.
3. MASALAH PENGANGGURAN
- Kehidupan rakyat China semakin susah dan sengsara apabila negara China menerima kemasukan kuasa asing. Pembukaan perusahaan barat di China telah menyebabkan industri tempatan merosot. Tambahan pula, kemasukan barang-barang barat dengan banyak dan murah menyebabkan barangan tempatan tidak laku. Orang-orang Cina yang terlibat dengan sistem pengangkutan tradisional seperti tongkang dan kereta kuda hilang pekerjaan dengan pengenalan sistem pengangkutan moden. Justeru itu, kesengsaraan dan masalah kemiskinan telah mendorong orang Cina ke Tanah Melayu untuk mencari kehidupan yang lebih terjamin.
4. DASAR KERAJAAN MANCHU
- Dasar kerajaan Manchu mengenakan cukai yang tinggi untuk menanggung kos pentadbiran yang semakin bertambah turut menambah beban rakyat Cina. Akibatnya, tidak mampu membayar cukai yang tinggi ditambah dengan kemusnahan tanaman akibat bencana alam telah mengakibatkan petani terpaksa menjual tanah bagi membayar cukai tersebut. Atas desakan hidup inilah telah mendorong orang Cina berhijrah ke Tanah Melayu.
5.
KEKACAUAN POLITIK PEMERINTAHAN MANCHU
- Menjelang pertengahan abad ke-19, keadaan politik negara China di bawah pemerintahan Dinasti Manchu menjadi tidak stabil akibat tercetusnya Perang Candu I (1839-1842) dan Perang Candu II (1856-1860). Kekalahan China dalam Perang Candu membuktikan kelemahan Dinasti Manchu. Justeru itu orang Cina terutamanya dari wilayah Kwangtung dan Kwangsi bangun memberontak untuk menggulingkan Dinasti Manchu. Pada tahun 1850-1864, telah berlaku Pemberontakan Taiping dipimpin oleh Hung Hsiu-Chuan, bertujuan menggulingkan pemerintahan Manchu, tetapi gagal. Mereka yang terlibat dalam pemberontakan tersebut telah diburu oleh kerajaan. Ini telah menyebabkan golongan pemberontak terpaksa melarikan diri ke negara lain untuk mengelakkan hukuman dari Kerajaan Manchu. Sentimen anti-Manchu semakin berleluasa akibat amalan rasuah atau korupsi di kalangan pegawai-pegawai Manchu. Masyarakat Cina ditindas dengan dikenakan kadar cukai yang tinggi. Tambahan pula, orang Cina beranggapan Dinasti Manchu sebagai dinasti asing. Kebencian orang Cina terhadap pemerintahan Dinasti Manchu mendorong penghijrahan mereka ke Tanah Melayu.
1. PERKEMBANGAN EKONOMI DI TANAH MELAYU
- Tanah Melayu mula mengalami perkembangan ekonomi mulai pertengahan abad ke-19 yang telah mendorong kedatangan orang Cina. Tanah Melayu mempunyai daya tarikan yang cukup tinggi kerana peluang pekerjaan yang banyak terutamanya di kawasan perlombongan bijih timah, di ladang lada hitam dan kopi. Antara tahun 1899-1900, terdapat sejumlah 100 ribu orang Cina telah menetap di Tanah Melayu akibat penghijrahan orang Cina secara beramai-ramai ekoran kenaikan harga bijih timah. Kemajuan perusahaan getah turut menarik kedatangan imigran Cina. Pada tahun 1931, hampir separuh daripada penduduk yang terlibat dalam penanaman getah adalah merupakan orang Cina.
2. DASAR INGGERIS DI TANAH MELAYU
- Kekurangan tenaga buruh di sektor perladangan dan perusahaan bijih timah menyebabkan Inggeris rnenggalakkan kedatangan imigran Cina. Ini kerana orang Melayu lebih tertumpu dalam aktiviti sara diri terutamanya tanaman padi. Tambahan pula, Inggeris tidak begitu berminat memajukan orang Melayu kerana Inggeris bimbang orang Melayu akan bangun menentang mereka. Bagi menarik minat orang-orang Cina berhijrah ke Tanah Melayu, Inggeris telah mewujudkan kestabilan politik bagi menjamin keselamatan nyawa dan harta benda orang Cina di Tanah Melayu. Buktinya, Inggeris telah berjaya menamatkan Perang Larut, Perang Kelang serta membanteras kegiatan perlanunan. Kerajaan Inggeris juga tidak mengenakan sebarang sekatan, malah orang Cina digalakkan datang ke Tanah Melayu tanpa had sehingga tahun 1929. Kehadiran imigran Cina mampu mengatasi masalah kekurangan tenaga buruh terutamanya di sektor perlombongan. Hasrat Inggeris untuk mengeksploitasi hasil kekayaan di Tanah Melayu tercapai.
1.3.2 : CARA KEMASUKAN KAUM CINA
SISTEM TIKET KREDIT
- Melalui sistem tiket kredit, kedatangan orang Cina dibiayai secara hutang oleh seorang ejen. Mereka akan bekerja dengan ejen tersebut dalam tempoh masa tertentu sehingga hutang mereka selesai. Selepas tempoh tersebut, mereka akan dibebaskan untuk memilih untuk mencari pekerjaan lain dengan majikan lain atau terus kekal dengan majikan asal. Buruh Cina ini dikenali sebagai “Singkheh”.
SISTEM KANGCHU
- Melalui Sistem Kangchu, orang Cina digalakkan berpindah dari Singapura dan masuk menetap di Johor dan membuka ladang lada hitam dan gambir di bawah pengawasan seorang Kangchu iaitu ketua puak-puak orang Cina. Setiap Kangchu dipertanggungjawabkan mengawal, membayar sewa bagi kawasan yang dibuka serta menyelesaikan segala masalah yang dihadapi oleh buruh Cina di bawah pengelolaannya. Pada tahun 1860-an, seramai 15,000 orang Cina telah dibawa masuk ke Johor melalui sistem Kangchu ini.
CARA PERSENDIRIAN
- Orang Cina berhijrah ke Tanah Melayu bagi mengatasi kesempitan hidup di China melalui bantuan rakan, ahli keluarga ataupun dengan perbelanjaan sendiri.
1.3.3 : SUKU KAUM CINA DI TANAH MELAYU
- Orang Hokkien - kebanyakan mereka terlibat dalam perdagangan dan perniagaan. Mereka menetap di pelabuhan-pelabuhan penting seperti Pulau Pinang, Melaka dan Singapura.
- Orang Kantonis dan Hakka - bekerja sebagai pelombong. Penempatan mereka tertmpu di kawasan perlombongan bijih timah. Terdapat orang kantonis yang mahir dalam bidang pertukangan seperti pertukangan kayu, besi dan kasut.
- Orang Teochew - tertumpu kepada kegiatan pertanian dan perdagangan. Mereka bekerja di ladang-ladang gambir dan lada hitam di kawasan lembah-lembah sungai dan di daerah Muar , Johor , di Seberang Perai , Pulau Pinang serta di sekitar kawasan pantai negeri Perak.
- Orang Hailam - bekerja sebagai orang gaji di rumah-rumah orang British sebelum Perang Dunia Pertama dan menjadi buruh di ladang getah serta membuka kedai-kedai miniman dan pembekal keperluan domestik.
1.3.4 : BILANGAN / KOMPOSISI PENDUDUK KAUM CINA
Penghijrahan masuk masyarakat Cina secara beramai2 berlaku
selepas pengambilan Pulau Pinang oleh British dari tangan Sultan Kedah pada
tahun 1876, pengambilalihan Singapura dari tangan Sultan Johor pada tahun 1819
dan selepas penubuhan Negeri-negeri Selat pada tahun 1826.
Kebanyakan masyarakat Cina berasal dari Wilayah Kwangtung
dan Tukuin. Ramai juga yg dtg dari daerah Amoy, sen-Yu, Hok-Chiu, Eng-Chon dan
lain-lain.
Pada peringkat awal, buruh-buruh Cina bertumpu di
tapak-tapak perlombongan awal seperti di Lukut dan Sungai Ujong. Penghijrahan
semakin pesat sejajar dengan perkembangan aktiviti perlombongan. Catatan menunjukkan menjelang tahun 1870, bilangan
masyarakat Cina di Sungai Ujong hampir 10,000 org; dan di Larut Perak pd tahun
1873 terdapat seramai 40,000 orang.
Kawasan-kawasan lombong bijih timah Kuala Lumpur, iaitu di
Ampang, Sungai Kanching dan Klang kesemuanya diusahakan oleh buruh-buruh Cina.
Selain aktiviti perlombongan, kemasukan orang Cina ke Tanah
Melayu disalurkan melalui aktiviti perladangan lada dan gambir. Orang Cina
dibawa masuk ke Johor melalui Sistem Kangchu dengan menggunakan surat kebenaran
dipanggil Surat Sungai. Dari sistem ini, dicatatkan pada tahun 1870-an
masyarakat Cina di Johor mencapai 100,000 orang.
Bilangan penduduk Cina menunjukkan pertambahan yang paling
besar dari setahun ke setahun berbanding dengan bangsa lain. Pihak British menggalakkan kemasukan buruh Cina ini dengan
meluluskan beberapa undang-undang yang berkaitan. Misalanya pada tahun 1877,
The Chinese Immigrants dan The Crimpling Ordinance telah diluluskan. Jabatan
perlindungan orang Cina telah ditubuhkan untuk melindungi orang Cina.
Orang Cina yang berhijrah ke Tanah Melayu sebenarnya terdiri
daripada berbagai-bagai kelompok yang boleh dibezakan dari segi loghat, adat
dan pengkhususan ekonomi. Kelompok-kelompok utama ini ialah Hokkien, Kantonis,
Hakka, Teochew dan Hailam. Kebanyakkan orang Hokkien terdiri daripada peniaga dan
pekedai sementara orang Kantonis sebagai pelombong dan petukang. Orang Teochew
menjadi pekedai dan peladang dengan membuka ladang tebu di Seberang Prai dan
Pulau Pinang serta ladang gambir dan lada hitam di Johor.
Org Hakka ramai yg menjadi pelombong sementara orang Hailam
pula ramai yang membuka kedai-kedai makan. Antara semua kelompok ini, bilangan
orang Hokkien adalah yg terbesar.
Walaupun kemasukan orang Cina berlaku besar-besaran, namun
bilangan ini tidak menentu ekoran ramai yang sering keluar masuk. Bilangan
orang Cina lebih stabil selepas Perang Dunia Kedua. Sehingga tahun 1957,
bilangan penduduk Cina di Tanah Melayu ialah seramai 2,332,936 org, iaitu 37.1%
daripada jumlah penduduk Tanah Melayu.
1.4 : SEJARAH KEMASUKAN KAUM INDIA
Sejak dari awal lagi, Tanah Melayu telah dikunjungi oleh
pedagang-pedagang India dan golongan Brahmin. Selain berdagang, orang India
mahu mengembangkan agama Hindu dan Buddha di Tanah Melayu. Jumlah orang India
di Tanah Melayu semakin bertambah pada abad ke-15 pada zaman Kesultanan Melayu
Melaka. Mereka mula mendirikan petempatan awal di Melaka yang dikenali sebagai
“Kampung Keling”. Pembukaan Pulau Pinang oleh Francis Light pada tahun 1786,
menambahkan jumlah orang India di Tanah Melayu. Menjelang tahun 1870-an,
Kerajaan Inggeris telah menggalakkan kemasukan buruh India secara beramai-ramai
di Tanah Melayu akibat perkembangan pertanian dagangan seperti kopi dan getah.
Pada tahun 1891, jumlah penduduk India di Tanah Melayu ialah 75,000 orang dan
meningkat kepada 622,000 orang pada tahun 1931. Sebahagian besar buruh India
yang tiba di Tanah Melayu berasal dari India Selatan (Madras) dan India Utara
(Punjab). Mereka terdiri daripada beberapa kumpulan etnik seperti Tamil,
Malayali, Telugu, dan Sikh. Seperti orang Cina, orang India juga mula menetap
di Tanah Melayu selepas tamatnya Perang Dunia Ke-2. Kebanyakan orang India
tinggal di kawasan ladang atau estet-estet getah dan kelapa sawit.
Sebahagiannya menetap di bandar-bandar seperti Kuala Lumpur, Ipoh, Taiping,
Pulau Pinang dan Singapura.
1.4.1 : FAKTOR KEMASUKAN KAUM INDIA
FAKTOR PENOLAK
1. MASALAH KEPADATAN PENDUDUK
- Kepincangan dan kesengsaraan hidup telah mendorong penghijrahan orang India ke Tanah Melayu bagi memulakan penghidupan baru. India menghadapi masalah kepadatan penduduk yang tinggi, sedangkan keluasan kawasan pertanian tidak bertambah. Ini telah menyebabkan bekalan makanan tidak mencukupi akibat kekurangan kawasan pertanian. Akibatnya wujud masalah kemiskinan dan kebuluran di kalangan penduduk India. Pada tahun 1845, jumlah penduduk India ialah 130 juta orang dan meningkat kepada 390 juta orang pada tahun 1941.
2. BENCANA ALAM
- Kejadian bencana alam seperti banjir dan kemarau turut merumitkan keadaan. Pada tahun 1840-an, kawasan di Selatan India mengalami masalah kemarau yang berpanjangan. Keadaan ini telah menjejaskan pengeluaran makanan. Kadar kematian meningkat akibat masalah kebuluran dan merebaknya wabak penyakit. Di samping itu, ramai petani di India menghadapi masalah kehilangan tanah pertanian kerana terpaksa menggadaikan tanah untuk membayar cukai kepada Kerajaan Inggeris yang tinggi dan menjelaskan hutang kepada peminjam wang.
FAKTOR PENARIK
1. PERKEMBANGAN TANAMAN DAGANGAN IAITU PERUSAHAAN GETAH
- Perkembangan Revolusi Perindustrian di Eropah telah membawa kepada perkembangan perusahaan getah di Tanah Melayu. Di Eropah, getah diperlukan dengan banyak dalam perusahaan automobil bagi menghasilkan tayar kereta dan getah juga dijadikan bahan penebat elektrik dalam perusahaan elektronik. Pada awal abad ke-20, keperluan tenaga buruh dalam sektor perladangan getah adalah tinggi kerana orang Melayu tidak berminat bekerja di estet-estet getah. Sebaliknya, mereka menumpukan perhatian terhadap tanaman padi. Penghijrahan orang India secara beramai-ramai ke Tanah Melayu berlaku antara tahun 1911 hingga tahun 1921. Pada masa itu, harga getah melambung tinggi. Oleh itu, kawasan tanaman getah telah ditambah dengan banyaknya. Pada tahun 1900, kawasan tanaman getah ialah seluas 20,250 hektar. Jumlahnya meningkat melebihi lima kali ganda pada tahun 1938 iaitu seluas 1.3 hektar. Justeru itu, tenaga buruh India diperlukan dengan banyak selaras dengan pertambahan keluasan ladang atau estet getah. Pada tahun 1911, imigran India di Tanah Melayu berjumlah 270 ribu orang. Jumlahnya meningkat kepada 470 ribu orang pada tahun 1921.
2. DASAR KERAJAAN INGGERIS
- Kerajaan Inggeris di Tanah Melayu menggalakkan kedatangan imigran India ke Tanah Melayu. Buruh-buruh dari India bersedia untuk bekerja di ladang-ladang getah dengan bayaran gaji yang rendah. Di samping itu, mereka juga diperlukan untuk menjadi buruh bagi membina jalan raya dan jalan kereta api sebagai langkah memantapkan penguasaan ekonomi pemerintah Inggeris di Tanah Melayu. Sementara itu, orang Punjabi (Sikh) telah dibawa masuk oleh Inggeris untuk berkhidmat dalam pasukan polis dan tentera. Golongan yang berpendidikan tinggi digalakkan datang untuk berkhidmat dengan kerja-kerja pengkeranian dan teknikal. Bagi menggalakkan kedatangan orang-orang India, Kerajaan Inggeris telah menyediakan bantuan bagi membiayai kos perjalanan mereka ke Tanah Melayu. Antara tahun 1887 hingga tahun 1892, sejumlah $30 ribu dikeluarkan bagi menanggung kos perjalanan buruh India menggunakan kapal stim.
1.4.2 : CARA KEMASUKAN KAUM INDIA
SISTEM BURUH KONTRAK
- Pemilik ladang akan membuat pesanan jumlah tenaga buruh yang diperlukan kepada seorang ejen di India. Ejen tersebut akan pergi ke kampung-kampung bagi mendapatkan buruh-buruh India yang ingin datang bekerja di Tanah Melayu. Kos perjalanan akan ditanggung oleh pemilik ladang yang membuat pesanan. Di Tanah Melayu, mereka dikehendaki menandatangani satu kontrak untuk bekerja selama 5 tahun dengan gaji yang telah tetapkan oleh majikan masing-masing. Di samping itu, sebahagian daripada gaji mereka akan diserahkan kepada majikan bagi menjelaskan tambang perjalanan. Di bawah sistem ini, buruh India dipaksa bekerja keras di ladang iaitu antara 9 hingga 10 jam sehari dengan bayaran gaji yang rendah iaitu 6 sen sehingga 16 sen sehari. Sejak mula diperkenalkan pada tahun 1820 hingga dihapuskan pada tahun 1910, kira-kira 250,000 orang buruh India telah dibawa masuk ke Tanah Melayu melalui sistem ini.
SISTEM KANGANI
- Sistem ini diperkenalkan pada tahun 1898 dan dihapuskan pada tahun 1938 kerana berlaku kemelesetan ekonomi dunia pada tahun 1929-1932. Menurut Sistem Kangani, majikan akan menghantar seorang Kangani atau mandur dari ladangnya ke India. Di India, Kangani itu akan kembali ke kampung halamannya. Di sana beliau akan berusaha mengumpulkan saudara mara, sahabat handai dan penduduk kampung yang ingin bekerja dan berhijrah ke Tanah Melayu dan semua perbelanjaan mereka ditanggung oleh Kangani. Melalui sistem ini seramai 300,000 orang buruh India telah dibawa masuk ke Tanah Melayu sehingga tahun 1938.
1.4.3 : SUKU KAUM INDIA DI TANAH MELAYU
- Orang Tamil - mereka berasal daripada Tamil Nadu. Kumpulan ini telah berjumlah 82% daripada jumlah penduduk India di Tanah Melayu pada tahun 1931. Kebanyakan mereka sebagai buruh seperti di ladang-ladang getah dan kelapa sawit. Sebilangan kecil orang Tamil juga berkhidmat di jabatan-jabatan kerajaan.
- Orang Malayali - mereka berasal aripada pantai Malabar dan dikenali juga sebagai orang Malabari. Orang Malayali membentuk kira- kira 6% daripada jumlah penduduk India di Tanah Melayupada tahun 1931. Kebanyakan mereka bekerja di ladang estet dan terlibat dalam perkhidmatan kerajaan sebagai kerani dan jawatan-jawatan profesional.
- Orang Telugu - mereka berasal dari wilayah Andhara Pradesh. Orang Telugu berjumlah kira-kira 5% daripada jumlah penduduk India di Tanah Melayu pada tahun 1931 dan bekerja sebagai buruh di ladang-ladang.
- Orang India Utara - mereka berasal daripada Punjabi yang terdiri daripadasuku kaum Sikh , Banggali , Sindhi , Gujerati , Parsis dan Marwaris. Kebanyakan mereka terlibat dalam bidang perniagaan , perkhidmatan kereta api , pengawal keselamatan dan penternak lembu. Perkhidmatan kereta lembu orang Sikh berperanan penting dalam pengangkutan di kawasan perlombongan. Ramai Orang Sikh berkhidmat sebagai pegawai keselamatan dan pasukan polis.
1.4.4 : BILANGAN/ KOMPOSISI PEENDUDUK KAUM INDIA
Sebahagian penghijrah India yang amat besar terdiri daripada
penutur bahasa Tamil dari negeri Tamil Nadu. Pada tahun 1947, mereka merupakan
77% daripada jumlah penduduk India di Tanah Melayu dan Singapura. Orang India
Selatan yang lain, khususnya orang Malayalee dan Telugu, merupakan lagi 14% pada
tahun 1947, dan baki komuniti India terdiri daripada orang India Utara,
terutamanya orang Punjabi, Bengali, Gurjarati, dan Sindhi.
Kesepadanan yang rapat antara pembahagian etnik dan
pekerjaan komuniti India dibayangkan dalam taburan geografi kaum India di Tanah
Melayu. Orang Tamil India Selatan bertumpu, khususnya di ladang getah dan
landasan kereta api Perak, Selangor, dan Negeri Sembilan, walaupun sebilangan
mereka juga bekerja di limbungan Pulau Pinang.
Orang Telugu banyak terdapat di ladang-ladang getah Perak
Bawah dan beberapa bahagian di Selangor, sedangkan orang Malayalee tinggal
terutamanya di Perak Bawah, Kuala Lumpur, beberapa bahagian di Negri Sembilan,
serta di Johor Bahru.
Komuniti-komuniti perniagaan, iaitu komuniti Gujarati,
Sindhi, Chettiar, dan Muslim Tamil, bertumpu di kawasan bandar, terutamanya
Kuala Lumpur, Pulau Pinang, dan Ipoh. Tamil Sri Langka pada umumnya juga
merupakan komuniti bandar, walaupun sebilangan mereka juga tinggal di
kawasan-kawasan luar bandar sebagai kakitangan ladang.
1.5 : MASYRAKAT MAJMUK DAN DASAR INGGERIS
Pembentukan masyarakat majmuk di Malaysia bermula apabila
kemasukan migran daripada luar. Proses ini berterusan sehingga penjajahan
British di Tanah Melayu. Oleh itu, wujud masyarakat berbilang kaum, ras, etnik
dan bangsa di Malaysia. Kehadiran kelompok-kelompok ini menjadikan Malaysia
sebuah negara yang kaya dengan budaya, adab resam, bahasa dan latar berlakang
kebudayaan yang berlainan. Kemajmukan masyarakat Malaysia menjadikan negara ini
menjadi tarikan masyarakat luar.
Pada hari ini,
masyarakat majmuk di Malaysia terajadi secara tidak sengaja. Pada awal abad
ke-19, lebih 90% penduduk Tanah melayu adalah melayu. Namun pada pertengahana
abad ke 19, penghujrahan masuk kaum Cina dan India secara beramai-ramai ekoran
daripada Dasar Leberal Inggeris telah mengubah struktur kependudukan asal Tanah
melayu.
Dari aspek
kesinambungan, kemasukan imigran di dunia Melayu meninggalkan banyak kesan,
sama ada kesan positif mahupun kesan negatif. Ia bergantung kepada
carabagaimana kita melihat dan mentafsir kedatangan mereka. Namun kehadiran
masyarakat luar ke Tanah Melayu telah mencorakkan perspektif masyarakat Melayu,
membentuk budaya baru, mempertingkatkan daya saing dalam sektor ekonomi,
melahirkan dimensi baru struktur politik rakyat dan sebagainya. Pada hari ini,
masyarakat majmuk di malaysia terjadi secara tidak sengaja. Pada awal abad
ke-19, lebih 90% penduduk di tanah melayu adalah melayu.
Namun pada
pertengahan abad ke-19, penghijrahan masuk kaum Cina dan India secara
beramai-ramai ekoran dasar liberal Inggeris telah mengubah struktur
kependudukan asal Tanah Melayu. Masyarakat majmuk di Malaysia terdiri dari
pelbagai etnik yang dikategorikan mengikut cara hidup, pola penempatan,
pekerjaan dan pendidikan.Terdapat lebih 80 kaum di seluruh Malaysia. Daripada
keseluruhan bangsa tersebut, terdapat tiga bangsa yang paling utama iaitu
Melayu, India dan Cina dan pelbagai etnik yang lain.
No comments:
Post a Comment